![]() |
|
cyberdad@home.com
I am a 34 years old man, a husband to my high school sweetheart, and a proud father to three girls and a boy. A begineer in modern parenting. cyberdad@office.com I am an engineer, an employee, a subordinate yet a superior, in a GLC company, in its branch office in Melaka. cyberdad@interest.com I am a traveller, inactive movie goer, keen amateur photographer, all-time all-genres music lover, recently embarked to be a leisure reader.
|
Cyberdad @ GengJurnal : Membership no: 1570 [ Ayah ] [ AL ] [ mizzwanda ] [ ina ] [ nesloice ] [ Sya ] [ mydinz ] [ tatasumitra ] [ hazwah ] [ cempakabiru ] [ semut ] [ nonie ] [ adah ] [ zakzak ] [ faizah ] [ Mak Lijah ] [ Kak Wynn ] [ Aunty N ] [ zul ] [ farah ] [ PB ] [ cekya ] [ kadok ] [ juita ] [ SPIweb ] [ meandbaby ] [ crimsonskye ] [ selambakodok ] [ bukunota ] [ ays_as ] [ kak lady ] [ bergen ] [ sya ] [ missjaja ] [ Bunda Shafiya ] [ ibuvogue ] [ kd ] [ Queen Of The House ] [ awalpagi ] [ bukansepet ] [ Auntie Yan ] [ onde ] [ Kirana ] [ Dewa ] [ Dato' Seri ] [ nadia ] [ mawar ] [ nisnim ] [ cekmi ] [ MR ] [ Ron97 ] [ TJ ] [ lin ] [ maklang ] [ zino ] [ wtl ] [ kunci ] [ ailin in aalborg ] [ uda ] [ Edryna ] [ arena ] [ jimi-wiser ] [ edyan7 ] [ ezdy ]
|
Aku Budak Matriks : Ramadhan [II] Sesudah kelas prep hari pertama Ramadhan, ada utusan datang ke dorm matriks "Abang matriks, mintak hantar jemaah untuk bawak sembahyang tarawih kat hostel girls," kata utusan dari musolla. Erk! Imamkan pelajar puteri ke? Berkerut dahi. Haha "Jemaah matriks dengan jemaah form 5 putera akan selang seli tiap malam di asrama puteri utk bawak tarawih. Depa dah sediakan dua saf depan tabir. Abang-abang kena lantik imam dengan bilal sekali noo" Isk. Berdebar siot. Panik kejap. Sebagai pelajar yang budiman dan taat, kami pun akur. Siap buat roster, manalah tau ada yang nak mengelak. **** Malam tu turn aku. Jadi bilal. Jantung macam keretapi. Prep petang aku abiskan dengan study maut - bukan kimia, bukan maths, bukan fizik. Tapi bacaan bilal tarawih. Takut tak keluar suara pun ada. Berbuka pun makan ciput je. Pedas-pedas tak main la, jaga suara katakan. Haha. Lepas maghrib, beraraklah satu gerombolan jemaah putera menyusur jalan masuk ke asrama puteri - melepasi pagar misteri yang selama ni memisahkan asrama puteri dengan dunia luar mereka. Huhu. **** Berkat latihan intensif dan juga doa tahan darah gemuruh, dengan izin Allah, tarawih malam tu lancar dan selamat. Heee, bagus gak tarawih kat hostel girls ni. Cepat sikit habis, pasal Rahim, imam kitorang baca surah pendek je. Nervous macam aku gak kot. Haha **** Prep malam tu (lepas tarawih) aku senyum je lah. Sorang, sorang classmate pompuan tanya sapa imam, sapa bilal. Rata-rata cakap "macam kenal je suara imam ngan bilal tu" Tak tau, tak tau - jawab aku. Ish, silap haribulan takde pahala langsung puasa ngan tarawih dek kerana asrama puteri.
**** Semalam. Lebih 15 tahun selepas insiden tarawih di hostel girl. Dalam pada bersiap-siap nak ke tarawih, aku berselawat bacaan bilal tarawih. Wife tegur, "Sedap suara, tak berubah. Macam time matriks dulu" Heh. Aku senyum je la. Bila masa pulak aku bukak rahsia ni? Posted at 10:25 am by cyberdad
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||