![]() |
|
cyberdad@home.com
I am a 34 years old man, a husband to my high school sweetheart, and a proud father to three girls and a boy. A begineer in modern parenting. cyberdad@office.com I am an engineer, an employee, a subordinate yet a superior, in a GLC company, in its branch office in Melaka. cyberdad@interest.com I am a traveller, inactive movie goer, keen amateur photographer, all-time all-genres music lover, recently embarked to be a leisure reader.
|
Cyberdad @ GengJurnal : Membership no: 1570 [ Ayah ] [ AL ] [ mizzwanda ] [ ina ] [ nesloice ] [ Sya ] [ mydinz ] [ tatasumitra ] [ hazwah ] [ cempakabiru ] [ semut ] [ nonie ] [ adah ] [ zakzak ] [ faizah ] [ Mak Lijah ] [ Kak Wynn ] [ Aunty N ] [ zul ] [ farah ] [ PB ] [ cekya ] [ kadok ] [ juita ] [ SPIweb ] [ meandbaby ] [ crimsonskye ] [ selambakodok ] [ bukunota ] [ ays_as ] [ kak lady ] [ bergen ] [ sya ] [ missjaja ] [ Bunda Shafiya ] [ ibuvogue ] [ kd ] [ Queen Of The House ] [ awalpagi ] [ bukansepet ] [ Auntie Yan ] [ onde ] [ Kirana ] [ Dewa ] [ Dato' Seri ] [ nadia ] [ mawar ] [ nisnim ] [ cekmi ] [ MR ] [ Ron97 ] [ TJ ] [ lin ] [ maklang ] [ zino ] [ wtl ] [ kunci ] [ ailin in aalborg ] [ uda ] [ Edryna ] [ arena ] [ jimi-wiser ] [ edyan7 ] [ ezdy ]
|
Hadiah Darjah Satu Melihatkan benda di sebalik bungkusan hadiah Kakak membuat aku termenung kenangkan kisah silam. Ketika di darjah satu, pada hari penyampaian hadiah, aku naik ke pentas untuk terima hadiah anugerah pelajar nombor satu dalam darjah satu. Bungkusan hadiah berbalut kertas minyak. Ada label kertas tertulis "Tempat Pertama. Darjah Satu" Sesampai di rumah aku buka hadiah dan dapati ada 3 buah buku cerita. Bacaan ringan untuk budak seusia aku. Abah capai ballpen dan catat nama aku, tarikh dan occassion hari itu. Rakam sedetik sejarah, untuk kenangan masa depan. Aku sengih melebar bila Abah sua buku-buku tersebut dan cepat-cepat ke bilik untuk membaca sambil meniarap atas katil. Menjelang malam, ketiga-tiga buku tu selesai dibaca sudah.
Dua puluh tujuh tahun kemudian, aku senyum tengok Kakak ikut jejakku. Di atas pentas, di hari penyampaian hadiah. Tempat pertama, darjah satu. Bezanya, hari penyampaian hadiah dipanggil hari kualiti. Satu lagi, aku ada di bawah pentas dengan kamera, merakam detik sejarah yang bakal jadi kenangan. Dalam warna dan dalam bentuk digital. Heh. Setibanya di rumah, kami sama-sama teruja. Excited nak buka hadiah tu. Kakak dapat nombor satu. Dan hadiah pencapaian cemerlang dalam 3 subjek. Dia dapat dalam sekali laluan atas pentas tu. Maknanya, naik sekali untuk kesemua hadiah tu. Jenuh cikgu pengacara majlis menyebut keempat-empat hadiah pada PA system. Zaman dah berubah. Zaman semua-dalam-satu. Macam syampu tu lah. Di samping trofi, Kakak dapat 3 bungkus hadiah. Aku sangat-sangat harapkan buku cerita. Jadi aku boleh tulis perkara yang Abah pernah tulis pada buku hadiah aku.
3 bekas pensil, 3 pengasah pensil, 3 pemadam, 3 buku nota gambar Po*h, 3 bundle pensil 2B. Buat aku ralat.
Did I expect too much? Adeh la. Posted at 12:53 am by cyberdad
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||