MY CYBER PLAYGROUND

cyberdad@home.com

I am a 34 years old man, a husband to my high school sweetheart, and a proud father to three girls and a boy. A begineer in modern parenting.

cyberdad@office.com

I am an engineer, an employee, a subordinate yet a superior, in a GLC company, in its branch office in Melaka.

cyberdad@interest.com

I am a traveller, inactive movie goer, keen amateur photographer, all-time all-genres music lover, recently embarked to be a leisure reader.



   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




Cyberdad @ GengJurnal :
Membership no: 1570

Other schools of thought:

[ Mak Andeh ]
[ Ayah ]
[ AL ]
[ mizzwanda ]
[ ina ]
[ nesloice ]
[ Sya ]
[ mydinz ]
[ tatasumitra ]
[ hazwah ]
[ cempakabiru ]
[ semut ]
[ nonie ]
[ adah ]
[ zakzak ]
[ faizah ]
[ Mak Lijah ]
[ Kak Wynn ]
[ Aunty N ]
[ zul ]
[ farah ]
[ PB ]
[ cekya ]
[ kadok ]
[ juita ]
[ SPIweb ]
[ meandbaby ]
[ crimsonskye ]
[ selambakodok ]
[ bukunota ]
[ ays_as ]
[ kak lady ]
[ bergen ]
[ sya ]
[ missjaja ]
[ Bunda Shafiya ]
[ ibuvogue ]
[ kd ]
[ Queen Of The House ]
[ awalpagi ]
[ bukansepet ]
[ Auntie Yan ]
[ onde ]
[ Kirana ]
[ Dewa ]
[ Dato' Seri ]
[ nadia ]
[ mawar ]
[ nisnim ]
[ cekmi ]
[ MR ]
[ Ron97 ]
[ TJ ]
[ lin ]
[ maklang ]
[ zino ]
[ wtl ]
[ kunci ]
[ ailin in aalborg ]
[ uda ]
[ Edryna ]
[ arena ]
[ jimi-wiser ]
[ edyan7 ]
[ ezdy ]



Your Hidden Talent
You have the power to persuade and influence others.
You're the type of person who can turn a whole room around.
The potential for great leadership is there, as long as you don't abuse it.
Always remember, you have a lot more power over people than you might think!



Your Blog Should Be Yellow
You're a cheerful, upbeat blogger who tends to make everyone laugh.
You are a great storyteller, and the first to post the latest funny link.
You're also friendly and welcoming to everyone who comments on your blog.

But I think I like the colour blue most? ;)


You Should Get a PhD in Science (like chemistry, math, or engineering)
You're both smart and innovative when it comes to ideas.
Maybe you'll find a cure for cancer - or develop the latest underground drug.



Wow, mudanya!

You Are 27 Years Old
Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Jun 17, 2008
Hari Bapa

 


Gambar ihsan Google

 

SELAMAT HARI BAPA

buat semua bapa. Harapnya lebih banyak lagu bertemakan bapa dicipta untuk dikeudarakan di radio sempena hari bapa. Biarlah yang positif bunyinya. Janganlah Papa Jahat ataupun Bapakku Kawin Lagi.

Anak-anakku dah telefon semalam, janjikan surprise di rumah menungguku pulang dari outstation ni.

Heee tak sabarnya nak balik!

 


Posted at 12:03 am by cyberdad
 

 
Jun 12, 2008
Sindrom menyanyi lagu yang 'last' didengar

Bayangkan senario tipikal ini:

Anda memandu kereta ke pejabat. Macet sepanjang jalan. Jadi seperti kebiasaannya anda pun tune up radio FM ke stesen kegemaran anda. Banyak lagu-lagu best berkumandang pilihan DJ. Kengkadang lagu tak best anda pun tukar channel ke stesen lain.

Dalam pada layan lagu-lagu tu, anda pun sampailah ke pejabat. Cari parking, park elok-elok. Kalau ada masa lagi, boleh la reverse parking. Niat di hati nanti balik terus zoom je. Huhu.

Kereta dah di'park'. Free gear. Tarik handbrake. Off aircond. Off lampu & wiper (if applicable). Tarik sikit cermin pandang belakang, tengok muka tu cun tak. Touch up kalau perlu. Off radio. Keluar kereta dgn beg/dokumen/apa-apa lah barang keje tu.

Dah kunci kereta secara remote, anda pun berjalan la cepat-cepat ke pejabat. Sambil sambil tu humming la sikit lagu last yang anda dengar kat radio sebelum keluar kereta tadi.

Masuk lif pejabat, jumpa member. Angkat kening senyum-senyum pastu diam. Tetiba anda terdengar member sebelah nyanyi-nyanyi kecil lagu yg anda humming tadi.

Lepas tu anda pun tegur dia "dengar radio channel XYZ ek tadi"

 

Bukan sekali dua aku kena camni. Banyak kali. Melekat lagu tu dalam kepala hotak ni sampai sejam ada. Heh.

Yang bestnya kengkadang lagu iklan radio (jingle) pun aku bantai nyanyi. Huhuhu.


Posted at 06:00 pm by cyberdad
 

 
Jun 3, 2008
Undang-undang misteri lif

Pemerhatian. Cerapan. Observation.

Sebagai pengguna teknologi yang tegar, sudah agak keraplah jugak aku menaiki (atau menuruni) bangunan tinggi dengan khidmat lif. Elevator kata omputeh.

Aku bangga dengan perkataan bahasa ibunda aku yang ringkas dan pendek dari perkataan Inggeris tu. Lif, jauh lagi pendek dari elevator. Satu sukukata berbanding dengan empat kalau diterjemah ke English. Jimat kan?

Kembali kepada cerita lif.

Sesungguhnya aku suka, dan kadangkala leka perhatikan gelagat manusia dalam perut lif. Termasuklah perangai aku sendiri.

Jadi aku rumuskan beberapa undang-undang yang diterimapakai semua ketika di dalam lif. Tak tau siapa yang gubal, siapa yang debat, dan siapa yang luluskan. Tapi bila aku bercerita tentang pemerhatian aku ni kepada kengkawan, ramai yang setuju. Tak kurang ramai jugak yang kata aku ni takde kerja. Heh.

Pertama: Bila manusia masuk ke dalam perut lif secara berjemaah, nescaya majoriti akan cuba menempel ke dinding. Serta merta. Tak tahu kenapa, tapi macam best je kan bersandar. Lebih-lebih lagi di sudut kiri dan kanan.

Kedua: Tatkala manusia dah menyesuaikan diri di dalam lif, secara automatik semua akan mengadap ke pintu lif. Aku jarang sangat jumpa orang yang mengadap kawan (a.k.a. membelakangi kamera) untuk suatu jangka waktu yang lama.

Ketiga: Perut lif jatuh ranking ke dua dalam tempat yang paling senyap, selepas perpustakaan. Masjid jatuh nombor 3. Macam magik, bila masuk lif semua orang senyap, walaupun kesemua orang dalam tu kita kenal. Kalau nak cakap pun ringkas-ringkas je. Angkat kening, senyum-senyum, jeling-jeling.

Keempat: Tempoh masa singkat dalam lif digunakan sebaik-baiknya untuk touch-up diri sendiri dengan efektifnya. Diperkuatkan lagi dengan lif berdinding cermin. Masa tulah nak tengok rambut, kasut, zip seluar, darjah kesengetan tudung, memeriksa bendasing di pinggir lubang hidung dan bucu mata, dan juga jeling awek sebelah/belakang/depan secara indirect. Hiks.

Kelima: Biasanya bila lif sampai di common floor seperti G, orang yang menunggu peluang nak masuk mesti meluru terjah masuk tak tentu pasal. Sampaikan tak bagi peluang orang kat dalam ni nak keluar. Entah apa yang dikejarnya tak tau lah pulak. Senario begini sangat biasa diperhatikan di tempat seumpamanya seperti pintu LRT, keretapi, bas dan lain-lain. Rileks la kak, bang. Bagi can la kitorang keluar dulu.

Keenam: Bagi yang suka sangat menonton filem fiksyen tentang seorang lelaki dan seorang wanita terperangkap dalam lif, bergaduh, dan lama kelamaan timbul rasa cinta, blah blah blah, lupakan je lah impian ngkorang nak merasa insiden tu di alam realiti. Kalau pernah jadi pun, samada sesama jantina, ataupun manusia berlainan jantina yang tak pernah memenuhi citarasa kalian. Haha. I've told you, you have been warned!

Aku percaya ada lagi yang aku pernah alami dan saksikan di dalam perut lif. Cuma tak tercapai akal nak dicurahkan di sini.

Siapa sangka platform transit sementara membawa kita naik turun horizon tingkat bangunan punya undang-undang misteri. The unspoken rules.

Heh. Boleh buat idea cerpen atau drama sebabak nih.

Heh.

Lepas ni lebih banyak observation menyusul. Dan teori-teori bengong aku. :)

 


Posted at 12:11 am by cyberdad
 

 
May 27, 2008
Lapan

Sesungguhnya lapan tahun itu adalah satu tempoh yang panjang.

Kalau ambik loan kereta, dah settle dah. Kalau tak kena gayanya, kereta tu pun dah 'settle' jugak :)

Kalau tempoh tu kita berada di menara gading untuk mendapatkan ijazah, pasti kita digelar 'super-duper senior' oleh seisi kampus.

Dalam tempoh tu jugak, dua kali edisi bolasepak piala dunia dipamer dilayar TV. Mungkin juga dua kali edisi bola piala eropah, mungkin jugak dua kali temasya olimpik.

Dalam tempoh itu jugak, NCB insurance keta kita dah tepu. 55% dan tak boleh naik-naik lagi, lainlah kalau dah eksiden.

Kalau sepanjang tempoh itu kita tak pernah ambik MC, mungkin kita dah dapat anugerah pekerja sihat 'zero MC'.

Lapan tahun. Hari ini.

Genap sudah lapan tahun aku memeterai perjanjian sehidup semati dengan mem besar dalam ini rumah.

Lapan tahun. Empat anak. Satu family.

Alhamdulillah.

 

p/s: Kitorang sambut ulangtahun di Terengganu tahuni ni. Jangang betulkang skring anda. Heh. 


Posted at 02:21 pm by cyberdad
 

 
May 20, 2008
lewat

Lama sangat bersiram, sampai demam selsema semua dapat :)

Buat kesekian kalinya, tanpa jemu, aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia. Semoga semua ibu diberkati dan dirahmati.

Dan bila aku kata (baca: tulis) 'semua ibu', aku maksudkan semua ibu.

 


Posted at 02:11 pm by cyberdad
 

 
Apr 23, 2008
Bersiram

Bagi yang pernah atau dah biasa dengan negeri Melaka mesti tau kat mana letaknya Dataran MB*MB.

Sebelah Jus*co, setentang Melaka Ma*ll.

Cantik landskap Dataran ni. Penuh bunga-bungaan, air pancut, TV skrin gergasi dan juga 'permandian' kanak-kanak.

Menarik 'tempat mandi' ni pasal air dipancut ke udara melalui nozzle yang diletak di paras lantai. Kadangkala beberapa nozzle ni keluar air serentak, dan boleh disegerakkan (synchronized) semacam tarian air. Heh.

Bila dah bawak bebudak, aku pun kena congak contingency plan. Back-up baju, towel semua dah.

Akhirnya, rasa puas dan seronok menyaksikan keletah anak-anak bermain, jauh lebih berharga dari sekelumit masa yang berlalu tu.

Oh, malam tu aku paksa semua anak-anak makan ubat. Apa punya Ayah daaa..



Sambil tengok anak-anak main air, ayahnya main kamera. Hiks!

Bila air berhenti, sibuk semua check nozzle tu. Tetiba je menyembur air! :)

Giliran si kecik pulak check. Too bad ada satu nozzle je berfungsi petang tu.

Kakak dah kesejukan. Tapi taknak berenti main lagi tu :)

Enjoying the day out. Sampai biru bibir Abang.

Si kecik ni menggigil sejuk sampai pampers dia pun bergetar-getar :)

 


Posted at 01:25 pm by cyberdad
 

 
Apr 21, 2008
Aqiqah

Selepas musim cuti sekolah, sempatlah kami sekeluarga adakan majlis aqiqah meraikan kelahiran baby. Nak buat time cuti sekolah takut clash dgn majlis & agenda lain.

Memandangkan masa di Seremban dulu tak sempat nak buat kenduri aqiqah untuk Kak Cik (Natrah), kitorang ambik kesempatan sembelih 2 ekor kambing. Selesai majlis untuk kedua-duanya.

 

Telur pindang siap berpahar all the way from BP. Murah rezeki, sedara mara pakcik makcik nak sponsor :)

 

Buat sekalilah marhaban dan upacara cukur jambul. Aksesori sampingan selain gunting untuk cukur jambul: kelapa gading, bunga rampai, air wangian (air campur bedak kot?), bunga-bungaan. Adat lah katakan.

 

Baby dalam buai sebelum majlis bermula. Steady je dia dikerumuni dan dicuit-cuit sana sini. Kitorang ambik kesempatan khatankan dia sekali.

Syukur majlis dah selesai. Tetamu pun alhamdulillah ramai yang datang, walaupun kami anggar ramai lagi. Sudahnya seminggu lepas tu hari-hari makan kambing! :)

Semoga diberkati. Jadilah kenderaan kau nanti di alam yang satu lagi tu, nak.


Posted at 12:01 pm by cyberdad
 

 
Apr 14, 2008
Rehat

Terlalu banyak hal, terlalu banyak peristiwa. Rupanya aku berjaya untuk 'rehat' dalam pada sesak-sesak tu.

Masa rehat dah tamat, tunggu giliran rehat seterusnya pulak. Sementara tu, sekarang perlu catat dan rekod semula apa yang berlaku.

 

 

Anak bujangku dah 5 tahun bulan lepas. Semakin okey dengan persekolahan, walaupun hanya tadika. Dah mula develop rasa bertanggungjawab (read: buat kerja sekolah) dan dah mula rasa risau kalau badan tak sihat, takut tak dapat pergi sekolah.

Hari tu aku drive dia ke tadika, buat-buat tanyakan jalan mana ke sekolahnya.

"Jalan pergi sekolah tak ingatlah Ayah"

Aku buat derk je, tahu dia malas nak fikir.

"Ayah jalan terus, jumpa rumah Farisya"

Eh, jalan ke tadika tak ingat. Jalan pergi rumah awek ingat!

(Sebenarnya rumah Farisya tu letaknya belakang tadika dia. Heh)

 

Jumaat lepas hari report card. Aku antara parents yang awal jengah tadika untuk dapatkan report card Abang.

Dapat nombor 4. Fuyoo! Dalam pada kuat main boleh tahan gak study nya.

Bila aku teliti report card tu, baru perasan.

Kedudukan dalam kelas: 4/8. Haha.


Posted at 02:22 pm by cyberdad
 

 
Mar 6, 2008
Pilih atau tidak?

Aku punya dua sebab untuk bergembira semalam. I should be happy, and celebrate.

Setelah difikir, kegembiraan tu tak berpanjangan sangat. Malah, risau pula datang tak henti-henti.

Don't let worry worries you, bisik hati.

Berita gembira 1: Setelah menunggu sekian lama, aku dikurniakan rezeki itu. Alhamdulillah. Being promoted, and recognized. Aku teruja, elated. Dan mula congak-congak kasar berapa figure yang bakal tertera dalam payslip bulan depan.

Berita gembira 2: Aku terima panggilan telefon petang semalam dari HRD. 'Nak join tak?'. Wah, lagi satu pintu dibuka. Tak sangka orang HQ 'nampak' aku.

 

Sebaik saja berita dikongsi dengan Mama, aku mula diam. Fikirkan impak.

Kalau terima offer dari HQ..

Pro:
- Boleh buka lembaran baru. Buat bidang baru, dapat ilmu baru.
- Lebih masa untuk famili. Tak perlu standby, on call semua tu
- Dapat balik ke rumah sendiri. Tak perlu sewa.
- Lega jiwa. Tekanan kerja sekarang menyesakkan mental.

Cons:
- Tiada elaun itu, elaun ini. Maklumlah kerja ofis 8 to 5 je.
- Kurang (almost none) outstation. Overseas trip? Lupakan je lah.
- Kena pindahkan anak ke sekolah baru.
- Kembali ke carahidup bandaraya. Trafik, tol, bayar segala macam benda.

Lama jugak aku menung. Wife kata, "Hey, you should celebrate!"

Ya. Ya. I have all the reasons to celebrate.

Tapi perlukah aku terima offer tu? Nak ambik ke tidak?

Pangkah atau tidak? Ironinya, hujung minggu ni kena memangkah. Memangkah kertas undi itu lagi mudah dari yang ini, rasanya.

 

Sungguhlah aku ni hambaNya yang 'bodoh sombong'. Masa tersepit beginilah baru nak ingat padaNya. Baru nak niat istikharah. Ya Tuhan, aku khilaf. Ampuni aku.


Posted at 10:34 am by cyberdad
 

 
Mar 4, 2008
Darjah Satu [3]

"Biasanya awak bagi duit poket Kakak berapa sen?" tanyaku pada Mama.

"Berapa sen? Ingat ni zaman kita sekolah dulu ke main sen-sen?"

Soalan yang dijawab dengan soalan. Heh.

Kalau aku imbas masa aku sekolah rendah, sekitar tahun 80-an (tua dah aku ni, tau takpe), Mak bagi aku 20 sen. Naik darjah, naik lagi seposen. By the time aku darjah empat, 40 sen. Linear sungguh, senang nak plot y=mx+c punya persamaan.

Ish, ni buleh buat entry lain ni - kes terkenang semasa dulu. :)

"I give Kakak RM2 hari-hari, tapi dia bawak balik RM1," -- Oooh, balas aku, panjang sambil hela nafas.

Jadinya satu hari, aku teringin nak tanyakan Kakak, apa yang dibuatnya dengan duit poket yang beringgit-ringgit tu. Zaman dah berubah, beb!

"Kakak beli mee goreng. Kakak bagi duit kertas satu, makcik tu pulang balik 50 sen,"

Minum? -- "Kakak kan bawak bekal air kosong,"

Tetiba dialog Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul: "Bagus, ini dinamakan 'economy'," bagai terngiang-ngiang. Heh.

Kiranya taklah habis RM2 yang diberi hari-hari tu.

Sampailah satu hari, aku terima SMS dari Mama.

"Hari ni Kakak tak lunch (di rumah). Kat sekolah makan mee satu pinggan. (Then) makan nasi satu pinggan n buah. Kakak habiskan duit yang Mama bagi tapi orang tu (makcik kantin) bagi balik satu duit 50 sen. (Mama tanya Kakak) duit abisla? Habis la (jawab Kakak) dgn muka konfiden. Moral: she now knows she can eat more than one item but (she does) not (know yet) the money concept ;P"

Aiseh, Kakak dah tau berbelanja beb! Sengih je balik rumah tengahari pasal perut dah kenyang. Mee + nasi lemak + buah, aku yang dengar pun boleh rasa kekenyangannya.

Dan tiba-tiba dialog Abdul Wahub *pling!* Lenyap.


Posted at 12:59 am by cyberdad
 

Previous Page Next Page