MY CYBER PLAYGROUND

cyberdad@home.com

I am a 34 years old man, a husband to my high school sweetheart, and a proud father to three girls and a boy. A begineer in modern parenting.

cyberdad@office.com

I am an engineer, an employee, a subordinate yet a superior, in a GLC company, in its branch office in Melaka.

cyberdad@interest.com

I am a traveller, inactive movie goer, keen amateur photographer, all-time all-genres music lover, recently embarked to be a leisure reader.



   

<< January 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




Cyberdad @ GengJurnal :
Membership no: 1570

Other schools of thought:

[ Mak Andeh ]
[ Ayah ]
[ AL ]
[ mizzwanda ]
[ ina ]
[ nesloice ]
[ Sya ]
[ mydinz ]
[ tatasumitra ]
[ hazwah ]
[ cempakabiru ]
[ semut ]
[ nonie ]
[ adah ]
[ zakzak ]
[ faizah ]
[ Mak Lijah ]
[ Kak Wynn ]
[ Aunty N ]
[ zul ]
[ farah ]
[ PB ]
[ cekya ]
[ kadok ]
[ juita ]
[ SPIweb ]
[ meandbaby ]
[ crimsonskye ]
[ selambakodok ]
[ bukunota ]
[ ays_as ]
[ kak lady ]
[ bergen ]
[ sya ]
[ missjaja ]
[ Bunda Shafiya ]
[ ibuvogue ]
[ kd ]
[ Queen Of The House ]
[ awalpagi ]
[ bukansepet ]
[ Auntie Yan ]
[ onde ]
[ Kirana ]
[ Dewa ]
[ Dato' Seri ]
[ nadia ]
[ mawar ]
[ nisnim ]
[ cekmi ]
[ MR ]
[ Ron97 ]
[ TJ ]
[ lin ]
[ maklang ]
[ zino ]
[ wtl ]
[ kunci ]
[ ailin in aalborg ]
[ uda ]
[ Edryna ]
[ arena ]
[ jimi-wiser ]
[ edyan7 ]
[ ezdy ]



Your Hidden Talent
You have the power to persuade and influence others.
You're the type of person who can turn a whole room around.
The potential for great leadership is there, as long as you don't abuse it.
Always remember, you have a lot more power over people than you might think!



Your Blog Should Be Yellow
You're a cheerful, upbeat blogger who tends to make everyone laugh.
You are a great storyteller, and the first to post the latest funny link.
You're also friendly and welcoming to everyone who comments on your blog.

But I think I like the colour blue most? ;)


You Should Get a PhD in Science (like chemistry, math, or engineering)
You're both smart and innovative when it comes to ideas.
Maybe you'll find a cure for cancer - or develop the latest underground drug.



Wow, mudanya!

You Are 27 Years Old
Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Dec 26, 2008
Family vacation [2]
Kali terakhir aku jejak Langkawi adalah dalam 5 tahun lepas. Jadinya bila aku terpegun tengok perubahan Langkawi, aku ni dah macam la rusa masuk kampung.

Kompleks Jetty Point tu dah macam terminal kapalterbang pun ada, kedai outlet tersusun. Medan selera pun dah banyak. Menarik tertarik da bomb.

Underwater world pun dah ada penguin. Masa kunjungan masa 1998 dulu tak seberapa je. Sekarang bayaran masuk pun dah naik -- dari RM15 dah jadi RM38. Congak-congak besar jugaklah hole in the pocket. Tapi kenangkan keseronokan kat muka anak-anak, berbaloi sesangatlah.

Oriental Village punya carpark penuh sesak. Tiga kali pusing parking lot, takde yang kosong. Terus kensel nak naik cable car up the Matchincang. Kiranya ada hikmah la jugak. Maunya half way dalam cable car tu anak mintak turun camno? Haru.

Telaga Harbour sangat menarik. Singgahla jugak bakery The Loaf tu. Interesting. Tapi kalau harga rendah sikit lagi interesting kot. Makan di tepi marina berteman yacht mewah. Dapatlah merasa kehidupan ala rich and the famous. Haha!

Sepanjang perjalanan ronda keliling pulau lagenda tu, aku cuba la educate anak-anak pasal keistimewaan dan sejarah Langkawi. Dengan bersemangatnya aku dan wife bercerita pasal lagenda Mahsuri, tempat bersejarah macam Beras Terbakar, Telaga Tujuh, dan macam-macam lagi lah.

Respon anak-anak : Bila nak petang ni Ayah? Janji petang ni nak main kat swimming pool.

Adeh.

Posted at 09:28 pm by cyberdad
Make a comment  

 
Dec 20, 2008
Family vacation [1]
Ramai dah kengkawan pesan "Jangan pegi Langkawi masa cuti sekolah"

Tapi aku degil. Ye lah, anak dah sekolah. Bila masa lak free nak ber-vacation ngan diorang?

Aku pun belasah je. Gamble. Nak sedapkan hati, aku plan trip ni coincide dgn birthday mem. Dua dalam satu. Heh.

Perjalanan pergi je lebih kurang 6 jam memandu. Stopover kat Seremban for fuel. Menjelang petang kitorang stay kat Seberang Jaya for a night.

Sambung perjalanan the next day ke Kuala Kedah. Sempat lunch makan nasi gulai kawah dan masakan kampung. Satu perkara yang paling aku syok pasal Alor Star ialah kerabu mangga. Almost setiap warung yang serve nasi campur mesti ada kerabu mangga. Isk, kecur la.

Ferry ride tak berapa memberangsangkan. Kena pulak dapat seat depan. Aku ingatkan tengok wayang seat depan je yang tak memberangsangkan. Naik feri seat depan pun leceh.

Sewa kereta di Kuah masa cuti sekolah? Sabar je lah. Nasib badan kena pangkah. Wira yang masa off peak RM50 - RM70 dah naik RM110. Adat la bisnes. Masa peluang ada kena la sambar. Alang-alang nak kena pangkah aku ingat nak sewa Mercedes. Tapi poket haus, huhu. Last-last kitorang settle for Honda City at RM120 per day. Lebih seploh ringgit, tp boleh la merasa keta Honda. Haha.

Disebabkan pertambahan saiz keluarga, aku dah plan utk menginap di apartment 2 bilik. Bilik hotel walaupun offer king sized bed tak dapat menampung 6 beranak ni. Ambik extra bed pun anak2 tak interested.

Aku dok fikir nak relax sepenuhnya. Unwind. Taknak pikir pasal kerja.
Anak2 dok fikir nak berendam at all time. Tak yah jalan-jalan pun takpe.

Abih camno?



Posted at 01:40 pm by cyberdad
Comments (4)  

 
Nov 15, 2008
Hadiah Darjah Satu

Melihatkan benda di sebalik bungkusan hadiah Kakak membuat aku termenung kenangkan kisah silam.

Ketika di darjah satu, pada hari penyampaian hadiah, aku naik ke pentas untuk terima hadiah anugerah pelajar nombor satu dalam darjah satu.

Bungkusan hadiah berbalut kertas minyak. Ada label kertas tertulis "Tempat Pertama. Darjah Satu"

Sesampai di rumah aku buka hadiah dan dapati ada 3 buah buku cerita. Bacaan ringan untuk budak seusia aku.

Abah capai ballpen dan catat nama aku, tarikh dan occassion hari itu. Rakam sedetik sejarah, untuk kenangan masa depan.

Aku sengih melebar bila Abah sua buku-buku tersebut dan cepat-cepat ke bilik untuk membaca sambil meniarap atas katil. Menjelang malam, ketiga-tiga buku tu selesai dibaca sudah.

 

Dua puluh tujuh tahun kemudian, aku senyum tengok Kakak ikut jejakku. Di atas pentas, di hari penyampaian hadiah. Tempat pertama, darjah satu.

Bezanya, hari penyampaian hadiah dipanggil hari kualiti. Satu lagi, aku ada di bawah pentas dengan kamera, merakam detik sejarah yang bakal jadi kenangan. Dalam warna dan dalam bentuk digital. Heh.

Setibanya di rumah, kami sama-sama teruja. Excited nak buka hadiah tu.

Kakak dapat nombor satu. Dan hadiah pencapaian cemerlang dalam 3 subjek. Dia dapat dalam sekali laluan atas pentas tu. Maknanya, naik sekali untuk kesemua hadiah tu. Jenuh cikgu pengacara majlis menyebut keempat-empat hadiah pada PA system.

Zaman dah berubah. Zaman semua-dalam-satu. Macam syampu tu lah.

Di samping trofi, Kakak dapat 3 bungkus hadiah. Aku sangat-sangat harapkan buku cerita. Jadi aku boleh tulis perkara yang Abah pernah tulis pada buku hadiah aku.

 

3 bekas pensil, 3 pengasah pensil, 3 pemadam, 3 buku nota gambar Po*h, 3 bundle pensil 2B. Buat aku ralat.

 

Did I expect too much? Adeh la.
"Zaman dah berubah, dunia dah maju" -- isk!


Posted at 12:53 am by cyberdad
Comments (6)  

 
Nov 7, 2008
Alam ria cuti sekolah

Cuti sekolah dah dekat. Satu hapah pun tak plan lagi. Niat di hati nak gi vacation. Nak kena intai-intai sikit schedule kat ofis tu -- tengok slot mana aku buleh apply cuti barang seminggu. Heh.

Anak dah berzikir dah, mintak nak gi tido kat hotel. The aim: swimming pool. Preferably kids pool. Kalau yang ada slides ke, fountain ke, marvellous. Kalau vacation jenis camni aku buleh combine dengan site visit ke, training ke, auditing ke. Dah jadi free vacation dah tu.

Dalam pada tu, Madagascar 2 looks tempting. Kalau ikut mode belanja berhemah + sokong bisnes perfileman, aku prefer tengok wayang kat T G V. Book show pagi Ahad, dapat tiket early bird, 50% off gitu. Bayar less than RM30 utk 2 dewasa + 3 kanak-kanak. Kalau ikut mode belanja ikat pinggang, tunggu lepas seminggu tayang, cari DVD kat kedai deret 7 Eleven tu. Adoi, tetiba menyokong sang lanun lak.

Wish list aku: cuti tepi pantai, makan sungguh-sungguh, dan full body massage. Boleh la masukkan wardrobe shopping for baju kerja as therapy. Haha.

Wife nak urut gak, and ample relax. Kalau kat hotel tu molek sangatla. Cuma stress lepas shopping tu nak kena provide relief sikit.

Abang paling simple. Nak balik rumah Nenek, full access main basikal, dan remote control kat tangan dia selepas ditekan Ch 611 Astr* Ceria. As simple as that.

Planning for work may not be as difficult as this. Other suggestions, please? 


Posted at 12:30 am by cyberdad
Comments (2)  

 
Nov 5, 2008
Ilmu vs Duit

Seingat aku, pernah seorang trainer kursus beritahu,

Ada 3 golongan orang yang datang berkursus. Pertama, datang sebagai pelancong. Kedua, datang sebab dipaksa. Ketiga, datang untuk ilmu.

Kalau ditanya semua peserta kursus, rata-rata ngaku diorang dalam golongan ketiga. Cliche?

Azam dalam hati aku untuk tidak sekali-kali memperlekehkan sebarang kursus. InsyaAllah aku mohon agar takde terdetik nak kata 'course ni utk basic bolehla', 'kursus ni senang sangat', 'tak relevan', blah blah blah

Tanpa sedar, kengkadang kita rendahkan martabat ilmu.


***


Sorang eksekutif senior dlm satu mesyuarat pernah bagi statement:

"Kita ada set of competencies dan KPI. KPI adalah benda yang kita perlu buat sebagai pekerja, yang akan diukur untuk pemberian ganjaran (bonus)"

"Competency pula adalah 'tools' untuk kita capai KPI kita"

Asas yang jelas, tapi jadi kabur dalam organisasi tempat aku berkerja.

Sebab? Competency 'diikat' (tie-in) dengan ganjaran (duit = increment tahunan). Jadinya bila tiba masa penilaian prestasi, orang yang tak 'competent' pun mengaku dialah paling 'competent', paling pandai, paling mampu capai itu ini.

Sebab, kalau markah competency rendah, increment rendah beb!

Yang bestnya, competency tinggi, tapi KPI rendah. Camno tu?


***


Pengurus Sumber Manusia tu cakap,

"Daripada taburan markah competency staff, kita boleh kenalpasti jenis kursus dan latihan untuk semua staff. Boleh bridge the gap, dan boleh monitor development setiap staff"

Sejujurnya, kalau kita tak pandai dalam satu bidang tu, mengaku je la. Senang. Nanti HR akan hantar kita utk latihan. Akhirnya kita akan cekap, dan pandai dalam bidang tu.

Risikonya, tak masyuk la. Survival mesti kena ada. Anak bini nak bagi makan.

Tapi duit yang masyuk berkat tak (pasal menipu competency)? Bagi anak bini makan pulak tu.

Bunyi macam bodoh sombong je. Cliche?


Posted at 11:46 pm by cyberdad
Comments (2)  

 
Sep 5, 2008
Aku Budak Matriks : Ramadhan [II]

Sesudah kelas prep hari pertama Ramadhan, ada utusan datang ke dorm matriks

"Abang matriks, mintak hantar jemaah untuk bawak sembahyang tarawih kat hostel girls," kata utusan dari musolla.

Erk! Imamkan pelajar puteri ke? Berkerut dahi. Haha

"Jemaah matriks dengan jemaah form 5 putera akan selang seli tiap malam di asrama puteri utk bawak tarawih. Depa dah sediakan dua saf depan tabir. Abang-abang kena lantik imam dengan bilal sekali noo"

Isk. Berdebar siot. Panik kejap.

Sebagai pelajar yang budiman dan taat, kami pun akur. Siap buat roster, manalah tau ada yang nak mengelak.

****

Malam tu turn aku. Jadi bilal. Jantung macam keretapi.

Prep petang aku abiskan dengan study maut - bukan kimia, bukan maths, bukan fizik. Tapi bacaan bilal tarawih. Takut tak keluar suara pun ada.

Berbuka pun makan ciput je. Pedas-pedas tak main la, jaga suara katakan. Haha.

Lepas maghrib, beraraklah satu gerombolan jemaah putera menyusur jalan masuk ke asrama puteri - melepasi pagar misteri yang selama ni memisahkan asrama puteri dengan dunia luar mereka. Huhu.

****

Berkat latihan intensif dan juga doa tahan darah gemuruh, dengan izin Allah, tarawih malam tu lancar dan selamat.

Heee, bagus gak tarawih kat hostel girls ni. Cepat sikit habis, pasal Rahim, imam kitorang baca surah pendek je. Nervous macam aku gak kot. Haha

****

Prep malam tu (lepas tarawih) aku senyum je lah. Sorang, sorang classmate pompuan tanya sapa imam, sapa bilal. Rata-rata cakap "macam kenal je suara imam ngan bilal tu"

Tak tau, tak tau - jawab aku.

Ish, silap haribulan takde pahala langsung puasa ngan tarawih dek kerana asrama puteri.

 

****

Semalam. Lebih 15 tahun selepas insiden tarawih di hostel girl.

Dalam pada bersiap-siap nak ke tarawih, aku berselawat bacaan bilal tarawih.

Wife tegur, "Sedap suara, tak berubah. Macam time matriks dulu"

Heh. Aku senyum je la. Bila masa pulak aku bukak rahsia ni?


Posted at 10:25 am by cyberdad
 

 
Sep 3, 2008
Aku Budak Matriks : Ramadhan [I]

Mesin merentas masa berkerja semula. Lokasi: sekolah berasrama penuh di utara semenanjung.

Aku dan kengkawan matriks ditempatkan di tiga dorm di asrama putera. Satu dorm adalah barang sepuluh set katil double decker, menjadikan muatnya 20 putera. Seronoknya masa matriks ni seolah-olah aku repeat masuk asrama masa tingkatan satu dulu. Ramai kawan baru.

Bila menjelma bulan Ramadhan, salah satu keterujaan kami tentunya masa mengadap juadah. Baik bersahur mahupun berbuka. Makanan yang dimasak di dewan makan tu punyalah sedap di tekak kami, mengalahkan masakan chef ternama dunia. Jamie O*liver pun tak leh celen.

Selain dari tu seronoknya bila masa sahur -- tengokkan adik form 1 yang muka tak diseterika lagi, baru bangun tidur.

Ada yang tersengguk depan tray. Ada yang buntang bulat biji mata ala zombie, tegak je kepala dengan tangan menyuap mulut at an interval.

Alkisah dalam dorm aku ada sorang kawan ni, budak Muor. Satu hari tu, dia bangun paling awal untuk sahur. Semangat bagai nak rak, nak sahur berjemaah dengan dorm mate dia yang liat nak bangun ni (myself included!)

Dah puas dia kejut sorang-sorang, bila semua dah bangun, dia pesan,

"Eh ngkorang, aku nak baring jap. Karang panggil aku bila nak gi dewan makan ek?"

One thing for sure, hari tu takde sapa pun mengaku dengar dia pesan camtu.

Sudahnya, bila kitorang kekenyangan balik dari sahur, dengan waktu imsak tinggal tak berapa minit lagi, dengan dewan makan dah nak tutup, kitorang ternampak sorang mamat baru gosok-gosok mata kat katil dia -- budak Muor tu la!

Merajuk kawan tu sehari ngan kitorang, aiseh!

Sorry la kawan, ek? Esok kita gi sahur berjemaah lagi nak? Hahaha


Posted at 03:30 pm by cyberdad
 

 
Aug 20, 2008
Fikir

Termenung seketika lepas membaca buku yang tebal tu.

Katanya:

"Thinking about the problem is the problem"

Heee, how true. Fikir masalah yang luar kawalan kita memang satu masalah.

 

Ah, lu fikirlah sendiri! Fikir-fikirkan :)


Posted at 06:56 am by cyberdad
 

 
Aug 12, 2008
Cuti

Memetik kata-kata (bekas) Naib Presiden (Sumber Manusia) syarikatku:

"Cuti itu bukan hak. Ia adalah keistimewaan"

Alahai, betul lah tu.

Cuti, kalau dipohon, belum tentu diluluskan (approved).

Walau sudah bercuti, jika dipanggil, balik lah juga ke pejabat.

Alahai.


Posted at 02:57 pm by cyberdad
 

 
Aug 9, 2008
Olimpik

Rupanya aku buat rekod Olimpik selama ni. Haram tak sedar. Rekod blog tak ber'update' paling lama heheheh.

Ke'taksub'an dengan kerja (pejabat dan rumahtangga) buatkan aku terabaikan blog ni. Nasib baik bende alah ni takde emosi, kalau tak haru nak memujuk.

Timakasih kepada pengunjung yang tinggalkan reminder.

Satu lagi, aku ralit dengan facebook. Maklumlah orang baru jumpa, leka exploring!


Posted at 05:33 am by cyberdad
 

Next Page