Entry: Alam ria cuti sekolah Nov 7, 2008



Cuti sekolah dah dekat. Satu hapah pun tak plan lagi. Niat di hati nak gi vacation. Nak kena intai-intai sikit schedule kat ofis tu -- tengok slot mana aku buleh apply cuti barang seminggu. Heh.

Anak dah berzikir dah, mintak nak gi tido kat hotel. The aim: swimming pool. Preferably kids pool. Kalau yang ada slides ke, fountain ke, marvellous. Kalau vacation jenis camni aku buleh combine dengan site visit ke, training ke, auditing ke. Dah jadi free vacation dah tu.

Dalam pada tu, Madagascar 2 looks tempting. Kalau ikut mode belanja berhemah + sokong bisnes perfileman, aku prefer tengok wayang kat T G V. Book show pagi Ahad, dapat tiket early bird, 50% off gitu. Bayar less than RM30 utk 2 dewasa + 3 kanak-kanak. Kalau ikut mode belanja ikat pinggang, tunggu lepas seminggu tayang, cari DVD kat kedai deret 7 Eleven tu. Adoi, tetiba menyokong sang lanun lak.

Wish list aku: cuti tepi pantai, makan sungguh-sungguh, dan full body massage. Boleh la masukkan wardrobe shopping for baju kerja as therapy. Haha.

Wife nak urut gak, and ample relax. Kalau kat hotel tu molek sangatla. Cuma stress lepas shopping tu nak kena provide relief sikit.

Abang paling simple. Nak balik rumah Nenek, full access main basikal, dan remote control kat tangan dia selepas ditekan Ch 611 Astr* Ceria. As simple as that.

Planning for work may not be as difficult as this. Other suggestions, please? 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments