Entry: Hadiah Darjah Satu Nov 15, 2008



Melihatkan benda di sebalik bungkusan hadiah Kakak membuat aku termenung kenangkan kisah silam.

Ketika di darjah satu, pada hari penyampaian hadiah, aku naik ke pentas untuk terima hadiah anugerah pelajar nombor satu dalam darjah satu.

Bungkusan hadiah berbalut kertas minyak. Ada label kertas tertulis "Tempat Pertama. Darjah Satu"

Sesampai di rumah aku buka hadiah dan dapati ada 3 buah buku cerita. Bacaan ringan untuk budak seusia aku.

Abah capai ballpen dan catat nama aku, tarikh dan occassion hari itu. Rakam sedetik sejarah, untuk kenangan masa depan.

Aku sengih melebar bila Abah sua buku-buku tersebut dan cepat-cepat ke bilik untuk membaca sambil meniarap atas katil. Menjelang malam, ketiga-tiga buku tu selesai dibaca sudah.

 

Dua puluh tujuh tahun kemudian, aku senyum tengok Kakak ikut jejakku. Di atas pentas, di hari penyampaian hadiah. Tempat pertama, darjah satu.

Bezanya, hari penyampaian hadiah dipanggil hari kualiti. Satu lagi, aku ada di bawah pentas dengan kamera, merakam detik sejarah yang bakal jadi kenangan. Dalam warna dan dalam bentuk digital. Heh.

Setibanya di rumah, kami sama-sama teruja. Excited nak buka hadiah tu.

Kakak dapat nombor satu. Dan hadiah pencapaian cemerlang dalam 3 subjek. Dia dapat dalam sekali laluan atas pentas tu. Maknanya, naik sekali untuk kesemua hadiah tu. Jenuh cikgu pengacara majlis menyebut keempat-empat hadiah pada PA system.

Zaman dah berubah. Zaman semua-dalam-satu. Macam syampu tu lah.

Di samping trofi, Kakak dapat 3 bungkus hadiah. Aku sangat-sangat harapkan buku cerita. Jadi aku boleh tulis perkara yang Abah pernah tulis pada buku hadiah aku.

 

3 bekas pensil, 3 pengasah pensil, 3 pemadam, 3 buku nota gambar Po*h, 3 bundle pensil 2B. Buat aku ralat.

 

Did I expect too much? Adeh la.
"Zaman dah berubah, dunia dah maju" -- isk!

   6 comments

maklijah
December 17, 2008   10:13 PM PST
 
CD,

Dinner alumni USM, 20 December kat KLCC. Datanglah...
pB
November 28, 2008   12:12 PM PST
 
rasanya bagi buku lagi baik dan bagus...

boleh disimpan
Mak Andeh
November 26, 2008   08:32 PM PST
 
Wah lama tak jengok - sebab asyik2 tgk entry sama Budak Matriks hahaha....


Ya I agree - better kasi hadiah buku cerita kan? Kalau tak pun, kamus atau encyclopedia.


Dictionary yang my Dad hadiahkan I masa I Form 4, masih ada lagi and amat berharga pada I.


Hadiah pensel, lepas korek sampai pendek - terus buang.

cyberdad
November 21, 2008   10:54 PM PST
 
dato seri : betul tu, setuju! wah, lama tak dengar citer. bila kita nak gi ngeteh lagi? :)

Ika : isk, ye ke ada yg dapat baldi? pergh.. *speechless*
ha'ah la, kat melaka lagi.
Ika
November 20, 2008   01:19 PM PST
 
zaman skrg dah tak mcm dulu... kalo peksa masa skolah dulu dpt top 3, mcm2 buku yg dpt, especially buku cerita tentang agama...

skrg ni, yg dapat baldi pun ada... nak murah, suma carik kat kedai RM 2.

* CD masih kat melaka lagi ke?
dato seri
November 17, 2008   11:39 AM PST
 
hadiah buku serasa lebih memeri makna mendalam. :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments